Ahad, 7 Disember 2008

Falling Flower Rock





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Pertama kali aku tulis blog ni....rasa seronok sangat. Impian yang dah lama ternanti-nanti tapi xde kesempatan. Hari ni barulah dapat kesempatan ni..Time kasih especially to my brother sebab tunjuk aku.huhu...

Hari jumaat baru-baru ni kat maktab kumpulan kami telah diberi tugas iaitu mencipta skrip daripada cerpen dan melakonkan cerita tersebut.Sume orang kena berlakon xkirala dia reti ke x.huhu..kumpulan aku yang ade 4 orang ni diberi tajuk Falling Flower Rock.Aku sebagai story teller dengan askar, k ita sapri jadi askar dan raja jahat, k ita talib jadi Mi Sun dan k wani jadi mak dan raja baik.

Kisah ni bermula di Paekje, Korea 300 tahun lepas.Kalau korang nak tau cite ni real tau..Kira epik Korea. Mengisahkan Mi Sun seorang gadis yang ingin membalas dendam terhadap kematian ibu bapanya yang mati disebabkan kekejaman Raja Silla. Mi Sun sanggup menyamar jadi lelaki kerana perempuan tidak dibenarkan mengangkat senjata. Dia berjumpa Raja Paekje iaitu raja yang baik dan menentang musuh dengan semangat yang cekal dan kental. Akan tetapi disebabkan Raja Silla terlalu kuat dan Raja Paekje kekurangan tentera akhirnya beliau ingin mengalah. Mi Sun menunjukkan dirinya yang sebenar bahawa dia seorang perempuan...So Raja Peakje ni pun jatuh cintala...raja ajak Mi sun ikut melarikan diri tapi Mi Sun xnak kerana lebih sayangkan negara.Dia sanggup terjun dari atas bukit yang tinggi bersama kawan-kawannya kerana tidak mahu mengalah..Akhirnya dia mati dengan perjuangan yang tinggi. Terjunnya wanita-wanita tersebut bagaikan bunga yang jatuh berguguran dari atas bukit. Sebab itu ia dinamakan Falling Flower Rock. Kini,tempat tersebut menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke Korea dan sejarah tersebut diingati oleh semua warga korea sehingga ke hari ini..








Tiada ulasan: