Selasa, 20 Januari 2009

Hariz masuk asrama

Assalamualaikum...dah lama x mengupdate blog ini yek...cian dia.. emm sebenarnya time2 ni tengah sibuk nak praktikum. Banyak tul kerja. Last2 xde satu pun yang aku buat.hehe.. Biasalah cabaran jadi cikgu ni baru bermula. Kalau aku tewas awal-awal camni xdapatla aku capai impian yang aku angan-angankan..


Alhamdulillah hariz dah ditempatkan di sekolah berasrama. Risau jugak masa orang dah dapat tempat kat asrama penuh dia xdapat plak. Banyak jgk rayuan mintak kat sekolah aliran agama dengan asrama penuh. dah 2 kali ni tukar sekolah. mula-mula masuk SMK Dato' Seth. Penat juga ayah anta dengan ambil dia. Akhirnya rayuan diterima dan dapat tawaran ke SMK Dato Syed Esa. Kat situ ada kelas aliran agama. Petang tu jugak uruskan kemasukan asrama dia. Seminggu skali balik nak darjah khas. Kira bagusla sekolah 2..Tapi harapan ibu yang nak dia sekolah kat SMAKJ belum kesampaianla. Hmm isnin lepas plak aku bukak peti surat ada sampul surat besar....rupanya tawaran ke sekolah menengah agama kat parit raja...Surat yang kami tunggu2 tapi dah lewatla..petang tu jumpala hariz kat asrama dia...dia kata xnak pindah lagi.bagusla kalau x macam2 jgk nak uruskan masuk sekolah lain plak. Demam plak 2 dia. Alahai nangis plak adik aku ni..kesian plak baru2 masuk asrama ni knela sesuaikan diri...same gakla cam kakak die ni duduk asrama jugak..kadang2 rindu dengan keluarga.tapi kena kuatkan semangat untuk berjaya. Okay...sambung wat asignment...hehe cau dulu..

Jumaat, 2 Januari 2009

Catatan Pengalamanku

Sebenarnya aku memang suka berkongsi cerita. Macam-macam yang aku nak kongsi kat sini. Antara pengalaman manis sepanjang tahun 2008.....

Diterima masuk dalam keluarga j-QAF
hua hua....dapat sebiji keta..xpayah bayar muka pn..sambung bayar je sebab dlu abang pakai keta ni.
Bina Insan Guru (BIG) kat mersing..Aku bab2 masuk laut dengan hutan ni memang suke. Lagi-lagi aktiviti lasak cam panjat gunung dan kayak. Memang favorite!
Berkumpul bersama family and going somewhere. Itu pun best sangat.. Tahun 2008 kami sekeluarga pergi KL, Cherating, Terengganu dan Pahang.
Hari Raya berkumpul, bermaaf-maafan dan melawat saudara..Tahun lepas baju matching sume..
Lawatan sekolah.. Aku g wakil 2 sekolah tau.hehe tamak ckit. satu rombongan sek sendiri pegi Melaka. Satu lagi pergi ikut sekolah ibu ke KL. Yang besnya pegi tempat yang teringin sangat nak pegi...Kalau sorang2 xbes. Petrosains dengan Akuaria...bayar sikit je plak 2 sebab ikut rombongan.memang untungla.Tapi malangnya time 2 demam..terpaksa gagahkan diri ikut ke sana jugak..alahai.

Tahun Baru 2009

Selamat tahun baru!!! Semoga tahun ini membawa seribu erti dalam hidup kita. Yang lepas kita x boleh tinggal macam tu aje..kenala tingkatkan prestasi dan perbaiki mutu diri tu. Walaupun ada betulnya pepatah "yang dilepas jangan dikenang" tapi skali sekala kenala pandang juga ke belakang...Apa yang ada sekarang ni pun hasil daripada perjuangan kita sebelum ni kan?

Sebenarnya aku tak sangka tahun ni dah 1430 hijrah. Cepatnye....Ke aku yang x tengok tarikh bulan islam? huhu..tapi memang betulla macam kata Fetri Yahya kat MHI tahun 2008 memang paling pantas berlalu. Dan tahun lepas jugakla macam-macam perubahan yang berlaku atas diri aku..emm memang banyak. Tarikh permulaan aku kerja pun 2008.

Ya...mungkin banyak hikmah atas segala yang berlaku keatas diri kita. Jangan putus asa, banyakkan berdoa insyaallah doa yang kita pohon setiap hari tu menjadi matlamat kita. Allah xkan sia-siakan orang yang bersungguh-sungguh berdoa..Sambil ingatkan orang lain, aku ingatkan diri sendiri jugak yang banyak kekurangan ni..Maafkan segala kekurangan, perlakuan yang buruk dan tutur kata yang kurang sopan. Selamat Datang 2009!!! Aku tetap menantimu walau lebih banyak juga dugaan dan cabaran yang akan menjengah!