Khamis, 22 Oktober 2009

Fikirlah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bagaimana perasaan berada di tempat baru? Sebelum melangkah ke tempat tersebut bermacam-macam andaian yang kita buat.Adakah orang di sana sukakan kita atau tidak, adakah kita boleh sesuaikan diri di tempat tersebut, bagaimana kita boleh menjadi orang yang disegani di tempat itu....dan macam-macam lagilah. Hakikatnya kita tidak boleh lari dari penghijrahan. Sampai bila kita hendak duduk di tempat lama dan selesa dengan apa yang kita ada?

Bagi saya berada di tempat baru memang seronok. Ada banyak benda baru yang kita tak terfikir masa dahulu untuk lakukannya. Kena juga pandai sesuaikan diri. Malu untuk bertegur sapa cukuplah dengan memberi senyuman. Tidak salahkan memberi sedekah kepada orang. Tapi kenala berhati-hati. Jangan sampai tersalah senyum susah jadinya...
Pengalaman berjumpa dengan bermacam-macam orang membuatkan kita lebih berhati-hati dalam membina perhubungan. Iyelah di zaman ini ada ramai orang berhati baik dan ramai juga berniat tidak baik..Alhamdulillah setakat ini ramai kalangan sahabat-sahabat saya memang baik-baik orangnya.

Percayalah...hidup ini hanya sementara. Allah hanya memberi masa yang sedikit untuk kita. Jika kita susah hati, banyak masalah, fikiran kusut, tertekan...tenangkan hati saja dengan berdoa kepada Allah. Allah ada segala-galanya yang kita minta. Segala dugaan yang datang hanya ujian untuk menilai kita sudah bersyukur dengan nikmat yang Allah telah beri atau belum...Bersyukurlah....

Tiada ulasan: