Jumaat, 2 Januari 2009

Tahun Baru 2009

Selamat tahun baru!!! Semoga tahun ini membawa seribu erti dalam hidup kita. Yang lepas kita x boleh tinggal macam tu aje..kenala tingkatkan prestasi dan perbaiki mutu diri tu. Walaupun ada betulnya pepatah "yang dilepas jangan dikenang" tapi skali sekala kenala pandang juga ke belakang...Apa yang ada sekarang ni pun hasil daripada perjuangan kita sebelum ni kan?

Sebenarnya aku tak sangka tahun ni dah 1430 hijrah. Cepatnye....Ke aku yang x tengok tarikh bulan islam? huhu..tapi memang betulla macam kata Fetri Yahya kat MHI tahun 2008 memang paling pantas berlalu. Dan tahun lepas jugakla macam-macam perubahan yang berlaku atas diri aku..emm memang banyak. Tarikh permulaan aku kerja pun 2008.

Ya...mungkin banyak hikmah atas segala yang berlaku keatas diri kita. Jangan putus asa, banyakkan berdoa insyaallah doa yang kita pohon setiap hari tu menjadi matlamat kita. Allah xkan sia-siakan orang yang bersungguh-sungguh berdoa..Sambil ingatkan orang lain, aku ingatkan diri sendiri jugak yang banyak kekurangan ni..Maafkan segala kekurangan, perlakuan yang buruk dan tutur kata yang kurang sopan. Selamat Datang 2009!!! Aku tetap menantimu walau lebih banyak juga dugaan dan cabaran yang akan menjengah!

Tiada ulasan: