Khamis, 22 Oktober 2009
Fikirlah...
Bagaimana perasaan berada di tempat baru? Sebelum melangkah ke tempat tersebut bermacam-macam andaian yang kita buat.Adakah orang di sana sukakan kita atau tidak, adakah kita boleh sesuaikan diri di tempat tersebut, bagaimana kita boleh menjadi orang yang disegani di tempat itu....dan macam-macam lagilah. Hakikatnya kita tidak boleh lari dari penghijrahan. Sampai bila kita hendak duduk di tempat lama dan selesa dengan apa yang kita ada?
Bagi saya berada di tempat baru memang seronok. Ada banyak benda baru yang kita tak terfikir masa dahulu untuk lakukannya. Kena juga pandai sesuaikan diri. Malu untuk bertegur sapa cukuplah dengan memberi senyuman. Tidak salahkan memberi sedekah kepada orang. Tapi kenala berhati-hati. Jangan sampai tersalah senyum susah jadinya...
Pengalaman berjumpa dengan bermacam-macam orang membuatkan kita lebih berhati-hati dalam membina perhubungan. Iyelah di zaman ini ada ramai orang berhati baik dan ramai juga berniat tidak baik..Alhamdulillah setakat ini ramai kalangan sahabat-sahabat saya memang baik-baik orangnya.
Percayalah...hidup ini hanya sementara. Allah hanya memberi masa yang sedikit untuk kita. Jika kita susah hati, banyak masalah, fikiran kusut, tertekan...tenangkan hati saja dengan berdoa kepada Allah. Allah ada segala-galanya yang kita minta. Segala dugaan yang datang hanya ujian untuk menilai kita sudah bersyukur dengan nikmat yang Allah telah beri atau belum...Bersyukurlah....
Isnin, 24 Ogos 2009
Bulan Mulia
Bulan puasa banyak mengajar kita erti kesabaran, kekuatan dan berlumba-lumba memperbanyakkan amal ibadah
Justeru...pose jgn xpose tau!!
Selasa, 20 Januari 2009
Hariz masuk asrama
Jumaat, 2 Januari 2009
Catatan Pengalamanku
Diterima masuk dalam keluarga j-QAF
hua hua....dapat sebiji keta..xpayah bayar muka pn..sambung bayar je sebab dlu abang pakai keta ni.
Bina Insan Guru (BIG) kat mersing..Aku bab2 masuk laut dengan hutan ni memang suke. Lagi-lagi aktiviti lasak cam panjat gunung dan kayak. Memang favorite!
Berkumpul bersama family and going somewhere. Itu pun best sangat.. Tahun 2008 kami sekeluarga pergi KL, Cherating, Terengganu dan Pahang.
Hari Raya berkumpul, bermaaf-maafan dan melawat saudara..Tahun lepas baju matching sume..
Lawatan sekolah.. Aku g wakil 2 sekolah tau.hehe tamak ckit. satu rombongan sek sendiri pegi Melaka. Satu lagi pergi ikut sekolah ibu ke KL. Yang besnya pegi tempat yang teringin sangat nak pegi...Kalau sorang2 xbes. Petrosains dengan Akuaria...bayar sikit je plak 2 sebab ikut rombongan.memang untungla.Tapi malangnya time 2 demam..terpaksa gagahkan diri ikut ke sana jugak..alahai.
Tahun Baru 2009
Sebenarnya aku tak sangka tahun ni dah 1430 hijrah. Cepatnye....Ke aku yang x tengok tarikh bulan islam? huhu..tapi memang betulla macam kata Fetri Yahya kat MHI tahun 2008 memang paling pantas berlalu. Dan tahun lepas jugakla macam-macam perubahan yang berlaku atas diri aku..emm memang banyak. Tarikh permulaan aku kerja pun 2008.
Ya...mungkin banyak hikmah atas segala yang berlaku keatas diri kita. Jangan putus asa, banyakkan berdoa insyaallah doa yang kita pohon setiap hari tu menjadi matlamat kita. Allah xkan sia-siakan orang yang bersungguh-sungguh berdoa..Sambil ingatkan orang lain, aku ingatkan diri sendiri jugak yang banyak kekurangan ni..Maafkan segala kekurangan, perlakuan yang buruk dan tutur kata yang kurang sopan. Selamat Datang 2009!!! Aku tetap menantimu walau lebih banyak juga dugaan dan cabaran yang akan menjengah!
Isnin, 29 Disember 2008
My Lovely Cousin
Seronok jumpa dengan sepupu-sepupu yang comey2..bila balik kampung makcik2 bawa anak ramai2. Apalagi riuhlah rumah atok...
Nila yang kecik-kecik 2....semua xboleh duduk diam. yang besar2 melayanla yang kecik2 ni...lama2 bialah diorang main sendiri...dh penat nak kejar2...hehe.