Selasa, 20 Januari 2009

Hariz masuk asrama

Assalamualaikum...dah lama x mengupdate blog ini yek...cian dia.. emm sebenarnya time2 ni tengah sibuk nak praktikum. Banyak tul kerja. Last2 xde satu pun yang aku buat.hehe.. Biasalah cabaran jadi cikgu ni baru bermula. Kalau aku tewas awal-awal camni xdapatla aku capai impian yang aku angan-angankan..


Alhamdulillah hariz dah ditempatkan di sekolah berasrama. Risau jugak masa orang dah dapat tempat kat asrama penuh dia xdapat plak. Banyak jgk rayuan mintak kat sekolah aliran agama dengan asrama penuh. dah 2 kali ni tukar sekolah. mula-mula masuk SMK Dato' Seth. Penat juga ayah anta dengan ambil dia. Akhirnya rayuan diterima dan dapat tawaran ke SMK Dato Syed Esa. Kat situ ada kelas aliran agama. Petang tu jugak uruskan kemasukan asrama dia. Seminggu skali balik nak darjah khas. Kira bagusla sekolah 2..Tapi harapan ibu yang nak dia sekolah kat SMAKJ belum kesampaianla. Hmm isnin lepas plak aku bukak peti surat ada sampul surat besar....rupanya tawaran ke sekolah menengah agama kat parit raja...Surat yang kami tunggu2 tapi dah lewatla..petang tu jumpala hariz kat asrama dia...dia kata xnak pindah lagi.bagusla kalau x macam2 jgk nak uruskan masuk sekolah lain plak. Demam plak 2 dia. Alahai nangis plak adik aku ni..kesian plak baru2 masuk asrama ni knela sesuaikan diri...same gakla cam kakak die ni duduk asrama jugak..kadang2 rindu dengan keluarga.tapi kena kuatkan semangat untuk berjaya. Okay...sambung wat asignment...hehe cau dulu..

Jumaat, 2 Januari 2009

Catatan Pengalamanku

Sebenarnya aku memang suka berkongsi cerita. Macam-macam yang aku nak kongsi kat sini. Antara pengalaman manis sepanjang tahun 2008.....

Diterima masuk dalam keluarga j-QAF
hua hua....dapat sebiji keta..xpayah bayar muka pn..sambung bayar je sebab dlu abang pakai keta ni.
Bina Insan Guru (BIG) kat mersing..Aku bab2 masuk laut dengan hutan ni memang suke. Lagi-lagi aktiviti lasak cam panjat gunung dan kayak. Memang favorite!
Berkumpul bersama family and going somewhere. Itu pun best sangat.. Tahun 2008 kami sekeluarga pergi KL, Cherating, Terengganu dan Pahang.
Hari Raya berkumpul, bermaaf-maafan dan melawat saudara..Tahun lepas baju matching sume..
Lawatan sekolah.. Aku g wakil 2 sekolah tau.hehe tamak ckit. satu rombongan sek sendiri pegi Melaka. Satu lagi pergi ikut sekolah ibu ke KL. Yang besnya pegi tempat yang teringin sangat nak pegi...Kalau sorang2 xbes. Petrosains dengan Akuaria...bayar sikit je plak 2 sebab ikut rombongan.memang untungla.Tapi malangnya time 2 demam..terpaksa gagahkan diri ikut ke sana jugak..alahai.

Tahun Baru 2009

Selamat tahun baru!!! Semoga tahun ini membawa seribu erti dalam hidup kita. Yang lepas kita x boleh tinggal macam tu aje..kenala tingkatkan prestasi dan perbaiki mutu diri tu. Walaupun ada betulnya pepatah "yang dilepas jangan dikenang" tapi skali sekala kenala pandang juga ke belakang...Apa yang ada sekarang ni pun hasil daripada perjuangan kita sebelum ni kan?

Sebenarnya aku tak sangka tahun ni dah 1430 hijrah. Cepatnye....Ke aku yang x tengok tarikh bulan islam? huhu..tapi memang betulla macam kata Fetri Yahya kat MHI tahun 2008 memang paling pantas berlalu. Dan tahun lepas jugakla macam-macam perubahan yang berlaku atas diri aku..emm memang banyak. Tarikh permulaan aku kerja pun 2008.

Ya...mungkin banyak hikmah atas segala yang berlaku keatas diri kita. Jangan putus asa, banyakkan berdoa insyaallah doa yang kita pohon setiap hari tu menjadi matlamat kita. Allah xkan sia-siakan orang yang bersungguh-sungguh berdoa..Sambil ingatkan orang lain, aku ingatkan diri sendiri jugak yang banyak kekurangan ni..Maafkan segala kekurangan, perlakuan yang buruk dan tutur kata yang kurang sopan. Selamat Datang 2009!!! Aku tetap menantimu walau lebih banyak juga dugaan dan cabaran yang akan menjengah!

Isnin, 29 Disember 2008

My Lovely Cousin

Cuti sekolah nak berakhir.Camne dengan cuti yang lepas? Dapat rehat sepenuhnya atau terikat dengan tugas?Walau apapun harap kita sentiasa ceria dan bahagia selalu...


Seronok jumpa dengan sepupu-sepupu yang comey2..bila balik kampung makcik2 bawa anak ramai2. Apalagi riuhlah rumah atok...



Nila yang kecik-kecik 2....semua xboleh duduk diam. yang besar2 melayanla yang kecik2 ni...lama2 bialah diorang main sendiri...dh penat nak kejar2...hehe.

Nasib baik yang ni time dok ramai2.Senangla nak snap gambar baby...


Wani, Amani dengan Ira...


Majlis Akad Rina

Waktu ni aku baru pas siap masak hehe... Aku masak ikan masak kicap, sambal goreng dengan sayur bayam. Tah pape je..Ah lupa pulak Dila Suparman nak tengok gambar Rina kahwin.Masa tu aku baru je abis kuliah kat maktab Batu Pahat. Petang tu terus je pergi rumah Rina kat Felda Sri Wangi.
Ni la pengantinnya....Nor Fazrina bt Abd Jabar.Kawan baik masa tingkatan 1 dengan 2.

Walaupun jemput last minute aku datang gak tau Rina...baik tul kawan ko ni...



Bersama Dilla...aik amik berkat ke? hehe


Khamis, 11 Disember 2008

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,


"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan sunnahku.Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"

keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat,tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya."Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,


Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

 Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian panggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

 "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

"Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.

"Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Amin...

Isnin, 8 Disember 2008

Ketika AKU ciptakan seorang wanita....




Allah SWT berfirman.....
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorangyang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.""Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.""Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.""Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.""Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.""Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannyadan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu-ragu.""Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khususmiliknya untuk digunakan ketika ia diperlukan.""Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."